Sunday, July 2, 2017

#CIKGUGANTI

Assalammualaikum.

Finally, ada jugak mood nak update entry. Kalau boleh nak langsaikan semua hutang teaser tu. But, aku buat one by one lah ye. Mana teaser tak sempat nak buat tu, aku langsaikan kemudian.

Untuk entry yang ni, aku nak cerita sikit pengalaman aku masa jadi cikgu ganti (CG) haritu.

Cerita bermula bila dak along tiba-tiba call cakap dia dah isikan borang cikgu ganti untuk aku since aku dah habis belajar masa tu. Tinggal tunggu nak konvo je masa tu. Aku pun on jela since aku pun dah lama nak try jadi cikgu ganti tu.

Dalam beberapa hari kemudian, dak along call lagi cakap aku kene pergi PPD Melaka Tengah. Orang ynag incharge untuk cikgu ganti tu nak gather semua cikgu ganti yang dah terpilih. Aku pulak mati-mati ingatkan nak buat interview. Cuak bukan main siap call Maya nak tanya tips interview sebab dia paling berpengalaman pasal interview interview ni. Pakai baju cantik cantik (padahal pakai baju kurung je) siap bawak segala jenis sijil pergi sana. Almaklumlah ingatkan kene interview.

Sampai je kat sana, en incharge tu terus cerita pasal cikgu ganti. Itu ini semua. Tup tup dia terus panggil nama bakal-bakal cikgu ganti ni siap dengan nama sekolah yang diorang kene pergi nanti. Aku dalam hati dah pikir, takde interview pun. Haishh. Bila turn nama aku kene sebut;

'Nurdalila Husna. Sekolah awak kene pergi ialah SK Ayer Keroh. Awak kene ajar murid-murid pendidikan khas. Mereka ada masalah penglihatan.'



Sumpah cuak! Pendidikan khas kot. Ajar budak ada masalah penglihatan. Ala, senang cerita budak buta lah. Woi, mencabar doh. Dengan ilmu braile aku ZERO! Kau rasa?


 Student pendidikan khas.

Cakap dengan mak kene ajar budak buta. Mak cakap, takpe lah. Kau amik pengalaman macam mana nak handle budak tu. Hah, apa lagi. Pergi belajar guna braile tu. Boleh tahan jugak mak aku ni.😥



So, masa hari aku kene lapor diri dekat sekolah, GPK pendidikan khas cakap aku takyah belajar braile since cikgu yang bersalin tu ajar murid tanpa menggunakan braile. Nak dijadikan cerita, student cikgu yang aku kene ganti ni, diorang bukan fully blind. Tapi tahap kerabunan diorang tu sangat teruk. Senang cakap kalau orang buta, memang 100% tak nampak tapi yang tak buta sepenuhnya ni, tahap nampak diorang dalam 98% lah. Itu andaian aku lah dari pemerhatian aku lah.

 Sebenarnya, bilik dia ni terang sangat. Cuma masa aku ambil gambar tu aku guna flash. Tu yang jadi cam gitu gambarnya.
Ni murid darjah empat, Joanne.

Macam aku, aku ajar murid tahun dua, tiga, empat dan lima. Murid pendidikan khas tak ramai. Paling ramai pun tiga orang. Tu pun darjah satu. Macam student aku, murid darjah tiga ada dua orang dan salah seorang dia memang fully blind. So aku ajar dia secara oral dan aku difahamkan, tahap pembelajaran dioranag (darjah 3) tak sama macam murid darjah tiga yang normal. Diorang menggunakan pembelajaran murid darjah satu. Kiranya, aku ajar diorang basic je. Nak senang diorang ingat, bukak lagu kat youtube then kasi diorang ingat. Habis lagu, suruh diorang ulang balik. Macam tu lah aku ajar murid darjah tiga. Tapi kalau murid darjah dua, empat dan lima, aku ajar macam biasa. Sebab diorang bukan fully blind. So, diorang still boleh baca kat buku teks cuma diorang memerlukan bantuan daripada alat supaya senang diorang belajar.




 Antara alat yang diorang gunakan supaya diorang senang nak baca.

So, sepanjang aku mengajar kat sana, boleh dikatakan BEST! Dengan setiap minggu ada buat makan-makan. Memang best lah sepanjang aku mengajar kat sana. Tapi ada je benda tak best but mostly semua best.






Bersama Guru Besar dan GPK Pendidikan Khas.

*Paling win sebab sempat merasa jadi guru bertugas mingguan 😁

The end.

Okay, sampai ketemu di-next entry. Bye! 💓

1 comment: