Saturday, August 29, 2015

INTERNSHIP


Assalammualaikum

Sem lepas merupakan sem yang paling penat yang pernah aku lalui. Pastu cuti sem nya aku kena buat latihan industri pulak. WAAAAAA, rasa nak menangis weh! Dan yang paling sedih ialah aku habis paper tarikh 27/6/15 dan aku kena start LI pada tarikh 29/6/15. Sumpah cakap, memang kelam kabut. Tapi Alhamdulillah, barang LI aku semuanya telah di-sponsor kecuali baju dengan tudung je. Safety boot di-sponsor oleh dak angah dan seluar keje di-sponsor oleh ayah. Hahaha



Ansell NP Sdn. Bhd. telah menjadi tempat untuk aku buat intern. Salah satu punca aku minta Ansell ialah dekat dengan rumah dan ayah aku keje kat situ. So senang untuk aku tanya macam macam kat ayah. Muahahaha. 

TAPI, segala permohonan untuk praktikal kat situ aku yang uruskan sendiri. Surat aku yang hantar sendiri. Kene interview sekali tau. Budak intern dari UKM pun tak kena interview tau. So, jangan cakap yang ayah aku yang settlekan segala permohonan aku untuk intern kat situ. TIDAK!
 
 

Aku ditempatkan di DEPARTMENT TECHNICAL AMT. Banyak masa aku diluangkan didalam office a.k.a. laboratory jugak. Segala experiment yang dilakukan dengan scale yang kecil akan dilakukan di dalam office je tapi kalau yang ber-scale besar, selalunya akan buat dekat compounding je. Senang sebab semua chemical ada dekat compounding.

Mula-mula masuk cuak jugak sebab dari UPM, aku seorang sahaja. Tapi bila aku masuk office, ada budak intern dari UKM. Diorang dah start intern seminggu awal dari aku. Sumpah, mula-mula memang awkward, tapi bila dah lama-lama, Alhamdulillah, sekepala jugak. Then, seminggu kemuadian, masuk pulak budak-budak UTEM. Tapi diorang bukan intern. Diorang buat fyp dengan bekerjasama dengan Ansell. Dan diorang pun boleh tahan gila jugak. Itu membuatkan aku seronok intern kat Ansell.
  
Tapi aku jarang lepak dengan chemist-chemist ni.Diorang terlalu buzy dengan kerja. So, selalunya diorang bagi aku kerja tapi akan dibantu oleh technician. Jadi aku memang terlalu rapat dengan technician. Sumpah cakap, masa last day aku intern, aku sedih gila. Rasa macam nak menangis tau.Tapi bukan nak cakap chemist ni abaikan aku. TAKKK! Diorang pun ada guide aku kalau nak buat experiment bagai. Tapi disebabkan aku sorang je budak intern untuk department ni, so, skop keje aku tak berat sangat lah. Yang paling best, last day aku diorang belanja PAPA RICH tau. Tak cukup bersyukurkan kau, Dalila? Alhamdulillah. Hahaha. Thanks Kak Dayah belanja makan. Huhuhu

So, seperti biasa, tatap gambar ye. HEHE 



 
Atas: Syafiq, Abg Noorman, Abg Bawang, Abg Baha dan Bidin
Bawah: Kak Mira, Aku, Kak Aina dan Kak Nurul
Duduk: Kak Dayah

Gambar diambil masa last day Syafiq kerja sebab dia kontrak je dengan Ansell. 








Dari kiri: Abg Baha, Ainnul, Bidin, Abg Bawang, Abg Botak, Abg Noorman, Kak Mira, Kak Aina dan Aku.



Ini gambar paling epic sebab masa ni abg Noorman set kat phone dia bila ada orang senyum, kamera dia akan snap terus lah. Dan aku bajet senyuman abg Botak ni lah menyebabkan kamera phone abg Noorman dapat detect. Haha


Gambar ni pulak masa last day aku.

 

Dari kiri: Fadhli, Bidin, Aku dan Faiz


Dari kiri: Fadhli, Abg Noorman, Aku dan Faiz


Atas: Nad, Dila dan Ubai
Bawah: Adah, Mas dan Aku



Dari kanan bawah ke atas: Dila, Sukini, Mas, Miza, Aku, Nad dan Faiz




Makan-makan dekat Api-Api. Lokasi dipilih sebab ada promotion. Kahkah





Dari tudung kuning: Adah, Dila, Ubai, Mas, Eizaz, Sukini dan Aku

Masa makan-makan, Eizaz tak join sebab dia kata dia bukan jenis makan banyak. Tapi tengah makan, dia bising kat dalam group wassup cakap bosan tak buat apa-apa. Tu yang terus pergi Kampung Morten. Nak hilangkan kebosanan Eizaz lah konon. Haha


Lokasi: Kampung Morten

Ni gambar dengan semua budak intern (walaupun budak UTEM tak intern kat Ansell). Masa ni merupakan last day untuk budak UKM. Diorang habis hari Khamis tapi yang lain habis hari Jumaat. Untuk meraikan, kiteorang makan-makan kat Api-Api. Tapi tak semua dapat join pun. Lepas makan-makan, kiteorang lepat kat Kampung Morten pulak. Minum-minum sebelum pulang ke rumah masing-masing.

UPM - Aku
UKM - Ubai, Adah dan Dila
UTEM -  Mas, Eizaz, Faiz, Fadhli, Nad, Sukini dan Miza

Chemist - Kak Dayah, Kak Nurul, Kak Aina, Kak Mira, Abg Zul dan Aliff
Technician - Abg Noorman, Abg Bawang, Abg Baha, Abg Botak, Ainnul dan Bidin



Tipu kalau cakap tak best intern. Ada part yang best dan akan ada jugak part yang tak best. Tapi itulah kenangan. Mungkin tak mudah untuk aku lupakan orang-orang yang terlibat dengan internship aku ni. Terima kasih kalian yang telah menjayakan internship aku ni. Hanya Allah yang mampu membalasnya.



Sampai disini sahaja cerita internship aku. Tunggu sehingga cerita yang seterusnya ya.





No comments:

Post a Comment