Saturday, August 22, 2015

GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN.


Assalammualaikum.

Bila kau dapat seorang kawan yang gila hiking, kau pun akan terikut sama minat dengan dia tetapi tidak sedar sedar diri yang diri kau tu ada asthma. Dan 'kau' tu ialah aku. Sedih wehh!

Sebenarnya, aku ni manusia yang suka aktiviti lasak tetapi keadaan diri aku tak terlalu membenarkan aku untuk nak join sangat aktiviti lasak ni. Aku ok je sebenarnya kalau nak naik bukit ke gunung ke asalkan seminggu sebelum hari kejadian aku sihat. Tak demam. 



Tetapi, bukan rezeki aku untuk sampai ke puncak Gunung Datuk sebab sampai je check point 1, aku dah mula rasa lain macam. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum nak pergi asthma aku boleh datang pulak. Aduh! Aku ingat nak cancel je dari join bebudak ni tapi bila terkenangkan balik, bila je aku boleh pergi lagi kan? dah alang-alang tu, baik aku ikut je diorang ni dengan harapan asthma aku tak datang balik.

Dan Alhamdulillah, esok paginya asthma aku dah okay. Aku pun cakap jela dengan diorang aku nak ikut. Risau gak ah diorang tapi nak buat macam mana kan? Dah kemahuan aku. Haha. Thanks korang sebab tumpukan perhatian korang kat aku sepanjang nak naik gunung tu. Hihi.

So, bila nak sampai check point 1, aku cakap dengan diorang aku dah memang tak larat naik atas + tapak kasut aku pulak boleh tercabut dan aku pun suruhlah diorang naik dulu. Nanti pandai-pandailah aku turun bawah. Tapi diorang semua tetap tunggu aku. Puas dipujuk pujuk, akhirnya diorang naik gak atas dan aku  still merehatkan badan aku sebelum turun ke bawah balik. Nasib baik masa aku nak turun, ada uncle dengan anak dia nak turun jugak. So, aku join jela uncle tu turun. Thank you uncle :)
 
 
 
Masa aku dok rehat-rehat tu, macam macam orang yang aku jumpa. Borak- borak. Dalam hati aku cakap, bestnya kalau dapat naik sampai puncak T_T. Takpe, In shaa Allah, satu hari nanti akan aku tawan jugak puncak Gunung Datuk tu. Amin.


So, sepanjang aku kat bawah tu, aku ditemani oleh seekor kucing walaupun pada asalnya kau ni bukanlah pengemar kucing. Tapi disebabkan aku bosan gila, aku layankan lah jugak. Haha.



Dan akibat terlalu bosan. Haha

Kalau nak baca yang lebih lanjut pasal trip pergi Gunung Datuk ni, korang boleh baca kat blog member aku ni (FatynnSyahirah) memandangkan aku ni tak dapat naik sampai atas.

So, sampai disini saja. sampai ketemu lagi ya.


No comments:

Post a Comment