Friday, May 29, 2015

Tips Peperiksaan



Memandangkan exam dah nak dekat, meh aku share sikit tips-tips untuk menduduki peperiksaan. Aku sendiri dapat tips ni masa aku kat matrik lagi. Ustazah yang ajar Pendidikan Islam yang bagi. But sorry, aku tak ingat nama ustazah tu. hihi. Dan yang paling sedih, dah nak final year baru nak share tips ni. Memang sedih!

TIPS PEPERIKSAAN

  1. Baca surah Yassin setiap hari selepas solat Maghrib dan Isya'.
  2. Solat Hajat dan Solat Taubat setiap hari selepas solat Maghrib.
  3. Dah alang-alang baca surah Yassin tu, buatlah sekali air Yassin ye. Pakej!. Dan air Yassin tu buat minum macam biasa. Buat macam rutin harian gitu.
  4. Yang paling penting, restu mak ayah. Call parents, bagitahu nak exam. Minta mereka doakan kejayaan kita. Minta mereka buat Solat Hajat dan baca Yassin untuk kita. And the most important, minta ampun dengan mereka. Kita manusia pendosa walaupun tanpa kita sedar. Jadi, dengan meminta ampun dengan mereka, hati kita akan jadi tenang masa menduduki ujian nanti. InsyaAllah.


TIPS SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

  1. Amik wudhuk dulu sebelum keluar rumah.
  2. Minum air Yassin yang kita dah buat tu. Minum lah samada kat rumah atau bawak je terus masuk dalam dewan. Minum dalam dewan je. haha
  3. Keluar dari rumah dengan kaki kiri.
  4. Baca doa "Bismillahi tawakkaltu ‘alallah la hawla wala quwwata illa billah"
    Maksud: Dengan menyebut nama Allah, aku bertawakkal kepadaNya. Tiada daya dan kekuatan selainNya.
  5. Paling penting, SARAPAN!. 
  6. Sepanjang perjalanan nak pergi ke dewan, bacalah:-
    * Surah Al-Fatihah (7kali)
    * Surah 3 Kul
    *Surah Inshirah (3kali)
    * Ayat Kursi
  7. Dah sampai dewan peperiksaan, masuklah dewan dengan kaki kanan beserta dengan doa. InsyaAllah, akan dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment