Thursday, May 21, 2015

Selamat Ulangtahun, Cinta


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan En Bahari
Allah selamatkan kamu..

Alhamdulillah, genap harini (21/5/2015) umur ayah 53 tahun.
Ayah, terima kasih untuk semuanya. Sumpah, ayah lah manusia yang paling ohsem yang orang pernah jumpa. Ayah sentiasa ada untuk orang. Saat orang senang, saat orang susah. Ayah tak pernah tinggalkan orang sorang-sorang. Apa kemahuan orang, ayah layankan aje walaupun apa yang orang mahukan barang yang merepek. Ayah tak pernah kecewakan orang. Tapi tula, orang je yang selalu kecewakan ayah. Orang degil sangat. Maafkan orang, ayah. Sedegil-degil orang, ayah tetap tak pernah nak pukul orang, marah orang macam orang gila. TAK PERNAH! Selalunya ayah akan nasihatkan orang. Nasihat yang kadang-kadang orang ambil endah tak endah. Tapi ayah tahukan orang macam mana? haha. 

Ayah, satu je yang selalu buat orang risau. Keadaan ayah. Kesihatan ayah dah tak macam dulu. Ayah sekarang selalu sakit. Orang tahu ayah taknak susahkan orang sekeliling ayah tapi ayah tak boleh tanggung sorang-sorang. Ayah still ada mak, along, angah, orang, Syafiq, Syabil, Syamim. Kiteorang selalu ada dengan ayah. InsyaAllah, selagi kami bernyawa, kami akan selalu ada dengan ayah. Ayah harta kami dunia akhirat. Orang taktau apa yang akan jadi kat orang kalau ayah takde. Orang tak kuat, ayah. Ayah nampak orang macam kuat kan? Nampak macam orang selalu berdikari kan? Tapi disebalik itu, ayah dengan mak lah orang kuat orang. Orang selalu fikir, umur orang dah 22 tahun, orang dah tak boleh menyusahkan mak dengan ayah dah. Ini masa untuk orang berdikari. Tapi orang tak mampu. Orang still macam dulu. Childish! Supaya mak dengan ayah prihatin dengan orang. Almaklum lah, orang hidup merantau. haha. 

Semalam (20/5/15), mak dengan along wassup bagitahu ayah jatuh motor masa nak pergi kerja. Allah, nak gugur jantung ni dengar. Masa tu tiba-tiba orang rasa pipi orang dah basah. Baru orang sedar, orang menangis masa tu. Walaupun masa tu dalam kelas, orang dah tak fikir apa dah. Apa yang orang fikir, macam mana keadaan ayah. Along cakap, lepas jatuh motor, ayah patah balik ke rumah. Ayah cakap dengan mak yang ayah nak jumpa doktor. Mak ingatkan semput ayah datang lagi. Tapi bila mak belek-belek baju ayah, ada kesan koyak. Kesan bergesel dengan sesuatu. Masa tu baru mak sedar yang ayah jatuh motor sebenarnya. Kenapa ayah taknak bagitahu kitaorang? At least mak. Kami risau tahu tak? Kami faham khidmat ayah masih diperlukan ditempat kerja ayah tu, tapi ayah kena fikir keadaan ayah jugak. Ayah dah tak sekuat dulu. Ayah, tolong jaga kesihatan ayah. Kalau ayah sakit, tolong bagitahu kitaorang. Orang tahu, kalau ayah bagitahu orang, orang tak mampu buat apa pun. Sebab orang jauh. Tapi at least orang tahu. At least orang boleh doakan ayah supaya ayah tak apa apa. Tapi orang faham ayah memang taknak menyusahkan orang lain. Kami sayang ayah sangat-sangat tau tak? Ye, kami memang sangat sayangkan ayah. Ayahlah segala-galanya bagi kami sekeluarga.

Eh, dah panjang lebar rupanya aku menaip ni. haha

So, here is my wish for you :-
  • Semoga ayah sihat selalu
  • Semoga Allah jaga ayah selalu
  • Semoga apa yang ayah inginkan akan tercapai
  • Semoga Allah memberi keberkatan sepanjang kehidupan ayah ni
  • I love you damn much!

 Harta dunia akhirat orang. I Love You!

No comments:

Post a Comment