Monday, February 16, 2015

Short Getaway to Pulau Langkawi


Assalammualaikum.

Okey, I'm here untuk menunaikan janji aku. So, here we go!

Bagi siapa yang follow instagram aku ( @nurdalilahusna ), mereka boleh tahu apa misi aku dengan kak Pisah sepanjang tahun lepas. Misi kami ialah mencari pantai dan taman-taman untuk melihat keindahan alam. Bagi aku, sem lepas merupakan antara sem aku yang penuh dengan tekanan. Assignment, lab report dan pelbagai. Bagi aku untuk melepaskan tekanan. cuma satu je ubat dia. Tengok keindahan alam. Sumpah, aku tak tipu!

So, dijadikan cerita, beberapa minggu sebelum habis semester 4, kak Pisah ternampak yang FireFly ada buat promotion. Promotion untuk ke luar negara dan dalam negara. Aku nak ke luar negara? Tak dapek ahhh! Yang untuk dalam negara pula, ada ke Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu dan Singapura kot. Dan since semua tempat tu aku tak pernah pergi (kecuali Terengganu sebab ikut lawatan sekolah masa form 3), jadi aku redha je yang mana kak Pisah nak pergi. Fikir punya fikir, kitaorang decide nak pergi Pulau Langkawi memandangkan si Daud ada dekat sana. So, tarikh yang kitaorang pilih 2 Feb -4 Feb 2015. 3hari, 2 malam. Tapi serius cakap, memang tak puas! So, lain kali pergi nak stay sana sampai seminggu. Haha

Dah settle beli ticket flight, nak kena fikir nak stay kat mana pula kat sana nanti. Fikir jimat aku, nak stay rumah Daud je tapi bila fikir balik, tak jadilah. Sebab aku kat sana nak berjalan kan. Taknak lah buat rumah Daud macam hotel pulak. So, kitaorang carilah hotel area Pantai Cenang sebab Daud yang suggest kan kat situ. Banyak-banyak hotel, kak Pisah pilih Amani Guest House. Murah satu (sebab ada promotion) dan bilik dia pun not bad lah. Aku pun rela jela kak Pisah book hotel tu tanpa baca review dia. Aku just search gambar bilik dia macam mana. Beberapa hari sebelum nak pergi, gatal aku pergi baca review customer dia. Dan itu buat aku menyesal! Kalau pasal kebersihan aku tak kesah. Hotel baget weh! Kau nak espect macam hotel 5 bintang. Tak dapek wehhh! Jadi tu tak mempengaruhi aku. Tapi bila diorang cakap suasana dia creepy, tiap malam akan tersedar. Memang cari pasal lah weh!!!! Tapi bila sampai sana, semuanya okey je. Tiap malam memang bising sebab diorang buat kerja pembersihan waktu malam. So, takde lah seram mana pun. 

sumber: google

First day kitaorang sampai Langkawi, memang ohsem! Penuh kehijauan dan kebiruan. Warna lain tak banyak pun. Haha. Kitaorang berlepas dari Subang's Airport pada pukul 11.25pagi. Perjalanan ke Pulau Langkawi makan masa dalam sejam je. Tak sempat panas punggung pun. Sebelum naik kapal terbang, aku dengan kak Pisah dah nervous since kitaorang tak pernah naik flight. Nak sedapkan hati, buat lah lawak bodoh sat. "eh, kat atas nanti ada traffic light tak?", "eh, mana side mirror kapal terbang hah?", "eh, kalau kat atas nanti, kalau mintak habis nak isi kat mana? ada station pam minyak ke?". dan macam-macam lah. memang macam sengal! Pastu, kat dalam flight, sempat aku bergaduh dengan kak Pisah sebab nak duduk kat sebelah tingkap. Disebabkan kak Pisah duduk sebelah tingkap masa pergi, jadinya masa balik nanti aku yang duduk kat sebelah tingkap. Ahhh, kenangan semua tu weh. Rindunya... 





Sampai je dekat Airport Pulau Langkawi, Daud amik kitaorang kat sana. Check in hotel, rehat kejap, settlekan apa yang patut dan Daud balik rumah dulu sebab dia kena hantar member dia balik KL pukul 6 ptg. So, sementara Daud nak datang malam tu, aku ingat nak tidur sat sebab memang ngantuk gila. Tapi kak Pisah kejam! dia tak bagi aku tidur ): Jadi, petang tu kitaorang jalan-jalan dekat area Pantai Cenang dulu. But, first of all, kitaorang lapar! Tak makan dari pagi sebab nervous nak naik flight. Bonggok sangat! haha. So, kitaorang pergi Cenang Mall, makan dekat KFC sebab dah lapar sangat. Makan benda yang boleh siap dengan cepat. Lepas makan, lepak dekat Pantai Cenang. Pastu jalan lagi tiba-tiba dah sampai dekat Underwater World Langkawi. Cet! Kalau tahu datang situ je terus daripada bazirkan masa dekat pantai sebab itu adalah salah satu wishlist kak Pisah kat sini. Almaklum lah, tak lama kat sana kan. Sampai-sampai sana, diorang dah tutup. Nak balik hotel jalan kaki memang dah tak larat. So, tunggu jela Daud kat situ sampai dah nak Maghrib. Malam nya, kitaorang makan lagi!. Dan selepas makan, lepak kat pantai lagi. 








Lepak dekat Pulau Cenang sampai kak Pisah kena usha dengan mamat Langkawi. haha



Melayan perasaan dekat luar Underwater World Langkawi.




Before balik bilik, lepak pantai sat. Tak sempat salin baju pun. Tukar tudung je aku.

Jadual hari kedua agak padat. Pagi pergi sarapan pastu kak Pisah nak pergi Light House dan sepatutnya nak naik cable car tapi masa kitaorang pergi tu, cable car tutup sebab angin kuat sangat. So, kitaorang lepak tempat lain lah. Lepak dekat Pantai Pasir Hitam, pergi tempat pembuatan krystal, naik Gunung Mat Raya and then pergi Underwater World Langkawi pastu balik bilik sebab Daud kata dia nak rehat sat. Katanya petang tu nak pergi mandi pantai tapi dia punya membuta dahsyat yang amat! Last-last tak pergi pun mandi pantai tu. Just lepak tengok sunset je. Malam nya keluar makan jela. But before that, kitaorang pergi rumah Daud dulu. Jumpa mak ayah dia dulu sebab takut esok tak sembat nak jumpa pulak. Wa cakap sama lu, nenek Daud memang terbaik! Sporting habis weh!! haha. Em, lepas lepak rumah Daud, baru kitaorang pergi makan.









Di Light House Langkawi.


Dapat amik gambar cable cari dari jauh je. ):





Pantai Pasir Hitam.








Look Out View, Gunung Mat Raya.




Tangga Helang Seribu Kenangan



Muzium apa ntah nama dia. Aku lupa. Dalam muzium ni ada macam-macam. Muzium lukisan. Muzium adat perkahwinan. Ada macam-macam lah.


Dekat tempat pembuatan krystal. Manusia dekat dalam bangunan tu memang hebat. Kreatif gila bapak!


Underwater World Langkawi. Nak pergi sini sila bawa kad pelajar kalau anda masin digelar pelajar.







Sunset di Pantai Cenang.

Hari terakhir, hari untuk kitaorang shopping. beli ubat gamat yang mak pesan, pastu pergi beli coklat. Langkawi weh! Mana lengkap tanpa coklat. Tapi apa yang aku beli semua yang orang pesan. Sampai untuk aku pun takde ): Takpe lah, asalkan aku enjoy sepanjang kat sini. But, before kitaorang balik, mesti nak naik cable car. So, kitaorang gerak lah nak pergi kat sana. Sampai-sampai sana, beratur panjang weh!!! Memikirkan masa kitaorang tak banyak, tak dapat naik lah. Kitaorang pun masuk 3D Art Museum Langkawi ( gambar takde tapi jangan risau. Nanti aku buat entry baru khas untuk 3D Art Museum ye). Apa yang best pasal 3D Art Museum ni ialah lebih 1000 lukisan yang dilukis dan mostly pelukis tu dari Jepun @ Korea. Lukisan diorang memang superb! Sebelum pergi Airport, kitaorang singgah pantai apa ntah. Buat kali terakhir sebelum tinggalkan Langkawi.


Shopping sat dekat Haji Ismail Group.


Pantai apa nama ntah.




3D Art Museum Langkawi.




Nak balik dah. ):

Sedih sebab banyak tempat yang aku tak dapat nak pergi. Hoping island, cable car, Makam Mahsuri, Dataran Helang. Sumpah sedih! ): Takpe, kak Pisah kata nanti kita pergi lagi ye Senah. Akan aku tunggu..... 

Terima kasih kak Pisah dan Daud!


Tukang merakam kenangan. Thanks :*




2 comments:

  1. nice2..nti buat entry psal kos spnjg 3h2m ni blh?detail tw..hehe

    ReplyDelete