Wednesday, January 21, 2015

Happy Bornday, Nurdalila Husna


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk hambanya yang bernama Nurdalila Husna bt Mohammad Bahari untuk meneruskan kehidupannya supaya menjadi kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hari ini(20 Januari 2015) genaplah umur aku 22tahun. Tapi, sepanjang 22tahun ini, tiada apa kejayaan yang telah aku lakukan. Tiada apa yang telah aku lakukan untuk mak ayah aku. InsyaAllah, aku akan lakukan itu untuk hari-hari seterusnya ini.

Ya Allah, izinkan aku melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan dan hindarkan lah perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan. Permudahkan lah segala urusan aku. Amin.

Sempena menyambut hari kelahiran aku ni, macam macam kejutan dah aku terima. 

Firstly, Kak Zani dan Kak Fizah dah rancang nak sambut birthday aku sebelum start cuti sem. Lagi special, disambut di Bukit Ampang, salah satu tempat yang aku teringin  nak pergi. Terima kasih. 










Secondly, Maya pulak belanja makan Pizza Hut untuk birthday aku. Tapi ni pun dilakukan awal jugak sebab Maya takut dia buzy dengan final exam dia dan nak combine kan terus birthday Fatin dan Lily. 






Thirdly, pergi Port Dickson dengan Fatin dan Pikah. Ceritanya si Pikah ni ajak keluar masa hari jadi aku tu. Katanya nak tengok Laut Cina Selatan. Tapi aku tak sangka sampai ke PD dia bawak aku hah. Fuh, keje gila woi!!! 








And lastly, sampai sampai je rumah, mak kat ada pos laju hantar barang untuk aku. Setahu aku, aku takde beli barang online. Bukak bukak je, fuh, lagi terperanjat. Thanks Kak Fizah once again for the present. 


Terima kasih untuk siapa yang pernah terlibat dalam hidup aku. Kalian telah menceriakan hidup aku. I love you all so much!

Salam sayang untuk kalian.

Manusia yang telah genap 22tahun.



No comments:

Post a Comment