Sunday, February 2, 2014

Manusia, tak sempurna


manusia,tak sempurna
sama dengan aku
banyak kekurangan
kerana itu aku perlukan sokongan
keluarga, sahabat dan kenalan
walaupun aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku

manusia,tak sempurna
sama dengan aku
yang tamak inginkan kasih sayang
yang tamak inginkan perhatian
keluarga, sahabat dan kenalan
walaupun aku tahu Allah selalu perhatikan aku

manusia,tak sempurna
sama dengan aku
maafkan aku kerana ketidaksempurnaan aku
maafkan aku sekiranya tidak menepati cita rasa kalian
tapi kenyataannya
itulah aku, manusia tak sempurna

No comments:

Post a Comment