Thursday, February 13, 2014

AWEK CHUCK TAYLOR


Assalammualaikum

Aku sebenarnya bukanlah manusia yang suka baca novel tambah-tambah novel cinta. Pergh, aku memang tak boleh terima. Tapi tak semua novel cinta lah. Ala, tipulah kalau aku cakap kadang-kadang cerita dalam novel cinta tu takde kaitan langsung dengan kita. Ye tak? So, kebanyakan novel yang aku baca mesti akan kena kat aku walaupun sedikit.  Aku baca novel cinta tapi tak banyak. Boleh dikira juga lah gua cakap sama lu!

Tapi lately ni aku lebih suka baca novel-novel FIXI & Lejen Press. Mungkin pengaruh Faez dengan Maya. Hikhik. Buku ni kebanyakannya cerita triller dan aku tak gemar cerita triller. Tapi aku suka baca buku seram dan buku terbitan ini juga ada terbitkan buku seram dan aku suka!

So, kali ini punya entry pasal satu buku ni. Buku ni aku pinjam kat kawan baik aku. Tajuk buku tu ialah AWEK CHUCK TAYLOR


sumber : google

Bagi aku, buku ni best. Mungkin sebab ni cerita benar. Aku lebih suka cerita benar daripada cerita direka-reka padahal realitinya susah gila nak jumpa kisah macam tu. SUSAH GILA! 

Taknak cerita panjang lebar, meh aku tepek sikit isi dalam buku AWEK CHUCK TAYLOR ni. Ni antara petikan kegemaran aku.

"Yeah, you'll never know what would happen the next day. Hari ini kau berjanji sehidup semati tapi esok mungkin kau menyampah dan bosan dengan pasangan kau. Hari ni mungkin kau cakap kau sayang kat dia dan tidak akan menduakan. Tapi kau juga yang bakal melanggar apa yang kau katakan tu.

Manusia adalah makhluk pelanggar janji. Selalunya, apa yang dijanjikan amat susah untuk ditunaikan. Secara jujurnya adalah lebih elok untuk tidak berjanji. Kadang-kadang janji-janji kita ini akan memakan diri.

Kadang-kadang kita berdosa untuk bersikap jujur. Kata-kata jujur-walaupun benar, namun ia akan dihina . Kadang-kadang, hidup ini adalah lebih baik menjadi hipokrit untuk diterima dari sikap jujur."

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka petikan ayat itu. Sebab manusia selalu pertikaikan sesuatu yang jujur. Walaupun sakit diterima dek akal, tapi ia sesuatu yang benar. Tak ada pernipuan. Alangkah indah jika dalam dunia ini bebas tanpa penipuan. Takkan ada manusia akan sakit hati dan takkan ada manusia akan berdendam. Aku happy, kau happy dan mereka juga happy. TIADA yang KECEWA. InsyaAllah.

Cukup sampai disitu, saya tidur dulu.
Selamat malammmmm..

Tukang taip,

No comments:

Post a Comment