Wednesday, January 29, 2014

DALAM HATI ADA TAMAN BUNGA


Assalammualaikum.

Pergh, pergh, pergh, dah lama aku tak update dekat ini tempat. Serius malas!! haha. Memandangkan harini aku rajin buka laptop, meh aku update dua tiga entry untuk engkorang.

Aku ni sebenarnya teringin sangat nak pergi Taman Seribu Bunga dekat Ayer Keroh,Melaka tuh. Dah 21tahun aku hidup, masa aku umur 20tahun(beberapa hari sebelum 21tahun) baru berjaya menjejakkan kaki kat situ walaupun lokasi taman bunga tu sekangkang kera je dengan rumah aku. (okey,tu aku tipu.) Dan memandangkan aku tengaH cuti ni, baik aku capaikan hasrat aku tu sebelum aku kempunan dikemudian hari nanti. Baik punya rancang, aku pun berjaya pergi kesitu. Terima kasih dekat dak Angah sebab jadi driver aku masa tuh. kihkih



So, engkorang tataplah muka muka kesayangan aku ni puas-puas ye. Aku sekarang kebuntuan idea nak mengarang banyak-banyak. Selamat menjamu selera dengan gambar-gambar aku ni ye.



Kalau termasuk adik aku yang tengah amik gambar ni, kami berenam je pergi sini. Along aku tak dapat join atas urusan keluarga dia dan adik bawah aku tu tak dapat sertai kitaorang sebab dia ikut kawan-kawan dia pergi jalan.











Harta dunia akhirat aku.





Partner in crime aku sepanjang aku cuti ni. Paling best bila Angah dapat gaji. Gaji dia umpama gaji aku juga sebab bila dia dapat gaji, macam-macam benda aku dapat. Cakap je aku nak apa, insyaAllah, akan ditunaikan. Terima kasih mekmok. haha

Itu saja, sekian~

Tukang taip,






No comments:

Post a Comment