Assalammualaikum
Aku muncul lagi untuk memberikan pandangan aku.J
Okey, mesti korang pelikkan bila aku tulis pasal cintan canton
ni. Actually, aku ni tak arif pasal cinta. Mahu tak nye, dah hampir 3 tahun aku
hidup membujang tanpa perlu share kasih sayang aku dengan keluarga dan kawan
tercinta. Percaya tak? Percaya tak? Please, tolong percaya. Tengok muka aku ada
macam muka budak ada bf ke? Takkan? Aku fobia gila bila ada orang cakap muka
aku macam ada bf bagai. Hello! Aku secara officially mmg single mingle okey! Bukan
niat nak menunjuk tapi untuk pengetahuan korang. Sebab payah juga bila muka
macam ada bf padahal takde. Kang tak kahwin pulak aku.
huhu
Walaupun aku dah lama hidup membujang, aku pernah juga rasa
mencintai dan dicintai walaupun aku tahu at the end aku dipermainkan. Tulah,
dulu pasang niat tak baik, kan dah kena hukum karma. Hakhak. Okey, back to the
story. Aku juga pernah rasa dipermainkan, dicurangi. Serius, pedih! Memang lah
mula-mula ada niat tak baik masa nak couple dengan dia tapi untuk memberi pengajaran
kepada si dia tapi dah lama-lama sure lah akan ada rasa sayang walaupun tak
banyak. Mungkin aku terlalu brutal so aku takde lah melalak sampai 2 3 bulan
sebab ditinggalkan. Hello, kau ditinggalkan oleh si dia tapi kau masih ada
Allah. Am I wrong? Takkan? Pergh kau Dila, cakap kemain poyo tapi tu juga yang
buat dulu. Okey, tu dulu-dulu. Masa zaman kanak kanak ribena dulu. Sekarang dah
tak. Aku tahu, Allah buat macam tu sebab Dia nak kita dapat lagi baik dari si
dia.
Mula-mula memang payah nak lupakan dia. Kau buatlah apa-apa
tapi bila datangnye perassan rindu tu, kau sure akan stalk dia balik.
Alhamdulillah, Ex aku dah deactivate dia punya fb. So, aku memang dah sure
takkan stalk dia. Tapi tak tau lah pulak kalau dia ada buat account lain. Kalau
ada pun, ada aku kesah? Aku bukan ada pape lagi dengan dia ndak? Haha
Sebenarnya aku buat entry kali ni bukan nak cerita kisah
hidap aku masa zaman aku ditinggalkan. Tapi, aku nak share kepada mereka-meraka
yang ada niat nak curangkan kekasih diorang atau dah pun berbuat sedemikian. Bawa-bawalah
bertaubat! Kau tahu tak apa yang kau buat tu sangat kejam! Terlalu kejam! Sangat
sangat kejam! Nampak tak banyak kali aku ulang perkataan kejam tu? Betul weh,
aku tak tipu. Kesian dekat orang yang dicurangi dan kesian juga dengan orang
yang digunakan untuk curang. Rasa diperbodohkan dan itu sangat KEJAM!. Sumpah,
aku benci gila dekat mereka yang suka curang ni. Bagi aku, mereka takde hati
perut. Why not kau minta clash dulu sebelum kau minta couple ngn mamat atau
minah yang lagi satu tu. (kesian mamat ngn minah ni. Nama diorang juga yg aku
pilih. Minta maaf nye minah dan mamat.huhu).
Lagi
satu, kalau kau nak minta clash ngn mamat pertama kau tu, boleh tak kau bagi alasan
yang munasabah? Ni tak, nak dekat 10tahun kau dok beradu kasih dengan dia tapi
bila nak break, kau bagi alasan yang dia pernah buat sekali dalam sepanjang
10tahun tu. SEKALI JE! Tak ke hancur luluh hati mamat pertama bila kau bagi
alasan cam tu. Pulak kau dah janji nak sehidup semati dengan dia. Yela, masa
awal- awal percintaan, ayat nak sweet sweet je. Macam-macam janji kau buat tapi
bila je jumpa mamat/minah baru, hah, semua janji dengan ayat jiwang kau semua
lenyap. Satu pun tak tinggal! Kau pon mamat(yang dicurangi), dah tahu kau dah
couple ngn dia nak dekat 10tahun, kau ingat boleh menjamin kau sampai ke
jinjang pelamin? Sampai ke anak cucu? Tu tak pasti lagi lah woi. Cuba kalau kau
buat baik dengan minah(pencurang). Jangan buat dia tawar hati dengan kau. 10
tahun minah couple dengan kau, benda yang sama je yang kau buat. Cuba buat
perubahan supaya si minah ni bertambah-tambah sayang dan takkan berlaku curang
dengan korang.
Tapi yang lagi aku pelik, mamat ni dah tahu yang si minah ni
dok curang dengan dia, tapi nak jugak dekat minah ni. Kepada laki-laki diluar
sana, awak tahu tak nisbah lelaki dan perempuan sekarang? Terlalu banyak gap-nya.
Why not kau tinggalkan je si minah tu dah cari minah yang baru. You deserve
better bro! ni tak, dok merayu-rayu lagi kat minah tu untuk kembali dekat kau
walaupun kau tahu probability untuk kau dapatkan dia balik sangat tipis. TIPIS!
Blah je and find another woman that can give you happiness. Kau jangan cakap
yang si minah tu nyawa kau lah jantung kau lah oxygen kau lah. Bagi aku, tu
semua POYO! Geli aku der. Grrr
Akhir kata, jangan lah korang buat perkara kejam macam tu. Tu
yang aku namakan “cinta yang membunuh”. Yela, sekarang ni, kalau putus cinta
je, nak bunuh diri. Terjun bangunan 10 tinggat lah. Gantung diri kat kipas
syiling lah. Hey, tak sayang nyawa ke? Dah puas kau hidup? Dah banyak pahala ke
yang kau kumpul untuk dihitung kat Padang Masyar nnt? Tapi, dah tentu tentulah
membunuh ni pon dah jadi dosa besar yang sangat dimurkai Allah. Bawak bawak
beristifar ye saudara saudari sekalian. Masih ada hamba Allah yang boleh terima
kau dan memberi kasih sayang yang lebih dari si pencurang tu pernah bagi dekat
kau. Dan kepada kau pencurang, insaf lah. Jangan lah luka hati orang lain sebab
setiap orang ada hati yang berbeza. Mana tahu orang yg kau tinggalkan tu nak
buat jahat kat kau. Siapa tahu kan? So, renung-renungkan dan selamat beramal!
lagu ni aku nak tujukan dekat mereka-mereka yang ditinggalkan
Sabarlah Hati by Elly Mazlein
No comments:
Post a Comment