Sunday, March 4, 2018

PULAU LANGKAWI 2.0

Assalammualaikum.

Yeah, Pulau Langkawi, im backkkkk!! Thanks to Kak Farah sebab plan trip ini.

Nak dijadikan cerita, trip ni dah dirancang sejak bulan November lagi dan diturut serta dengan Kak Mira and Ecah. Actually, Ecah dengan Kak Mira ni sebaya tapi masa aku mula mula kenal Ecah, aku panggil dia Ecah je. So, sampai kesudah aku panggil dia Ecah. Kadang kadang Cah. Comel what? haha. Dan satu fakta tentang Ecah ialah Ecah kerja kat kilang satu dan kiteorang (Kak Farah, Kak Mira and me) kerja kat kilang tiga. So kebanyakkan orang kilang akan terkejut bila cakap Ecah ikut sekali.

Basically, perbincangan trip ini aku tak involve sangat sebab aku manusia yang sibuk bila kat kilang. and mostly diorang ni dok bincang kat dalam group whatsapp waktu bekerja. Dan aku akan reply bila aku dah dekat rumah. Hahaha. Sibuk wehhhh!

Kalau dulu aku pergi Langkawi main redah je sebab si Daud ni jadi tour guide kami, tapi kali ini pergi without siapa siapa yang arif tentang Langkawi. Aku pernah pergi Langkawi sebelum ini tapi lama dah. Ingat ingat lupa dah weh. So, planning itu penting ye anak anak supaya nanti dah sampai sana, takde lah termangu mangu. Tentatif kat sana, kami bincang selepas waktu bekerja dekat KFC Ayer Keroh sebab tu lokasi yang dekat dengan kilang. Hahaha.

Okay, kami pergi sana ikut pakej daripada Global FAA Travel & Tours. Total pakej RM1000 untuk 4 orang untuk 3 hari 2 malam. Maksudnya seorang bayar RM250. Dalam pakej itu termasuk hotel, kereta sewa, island hoping (Dayang Bunting, Eagle Feeding and Pulau Beras Basah) and pakej cable car (skycab, skydome, skyrex and 3D art museum). For me lah, pakej ni dah okay dah sebab dapat hotel best (Landcons Hotel), kereta pun best (attrage mitsubishi).




Kami bertolak dari Melaka pada 16 Februari 2018 pada pukul 8.30 malam dengan bas Transnasional ke Kuala Perlis. Perjalanan makan masa 9 jam untuk sampai ke Kuala Perlis. Untuk tiket bas pergi dan balik kami ialah RM127.40. So, sampai Kuala Perlis dalam pukul 6 pagi macam tu. Sampai terus solat Subuh then terus pergi ke Jeti Kuala Perlis. Dari station bus ke jetty dekat je. Kalau jalan kaki dalam 5 minit dah boleh sampai. Tapi masa kami on the way nak ke jetty, ada sorang pakcik ni nak offer untuk hantarkan tapi kene bayar sorang RM10. WHATTTT? Dekat je kot. So, kami tolak dengan cara baik. Sampai je kat jeti, terus beli tiket feri untuk pergi dan balik. So, nanti bila nak balik, takde lah terkejar kejar sangat. Dan untuk tiket feri pergi dan balik kami ialah RM36.Dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Pulau Langkawi makan masa dalam sejam gitu.

Warung depan stesen bas Kuala Perlis

Dalam feri

Jeti Pulau Langkawi

Pergi dengan dua beg sahaja

Sampai sampai kat Pulau Langkawi, terus inform agent sebab diorang akan pickup kami dan serahkan kunci kereta dan terangkanlah sikit sikit polisi diorang serta bagitahu apa yang menarik kat Langkawi ni. Lepas dapat kereta, kami usha hotel dekat mana and terus cari kedai makan sebab lapar gila! Barang semua tinggal dalam kereta sebab hotel check in pukul 2 petang. Makan makan sembang sembang, usha kedai kedai area Pantai Cenang, tau tau dah nak dekat pukul 2 petang. terus pergi hotel. Nasib boleh check in awal. Hahaha. Oh lupa nak bagitahu, hotel kami dekat dengan Pantai Cenang TAPI tak sempai pergi Pantai Cenang. So, pantai tu jadi Pantai Cucah bagi kami. kahkah

 
Lunch

Hotel kami






p/s: Gambae semua aku yang snap. Bukan gambar google okayy

Belah petangnya, kami pergi Haji Ismail Group. Tempat berhantu bagi aku. Aku banyak belanja dekat sini. Keluar keluar kedai rasa nak menangis. Padahal beli barang orang lain. Hahaha. Siap cakap dengan Kak Mira, lepas ni taknak pergi Langkawi dah. Cukup lah dua kali. Hahaha. Selesai si Haji Ismail Group, kami terus pergi pasar malam Pulau Langkawi. Untuk hari Sabtu, pasar malam dekat Pekan Kuah. Memandangkan Haji Ismail Group pun dah dekat Pekan Kuah, terus jela gerak pergi pasar malam. Kalau ikut perancangan, balik hotel nanti, mandi, makan, solat then terus pergi Pantai Cenang, tapi kita hanya mampu merancang. Masa nak balik hotel, kami terlepas sempang dan kena pusing jauh. Lepastu masa nak park kereta pun ada masalah. Salah masuk lorong. Ingatkan lorang tu dekat dengan hotel tapi bapak jauh! Dah separuh jalan, Ecah kata nak ambil kereta sebab dah tak larat nak jalan. Lagi satu hal, esok nak ke kerata pun bapak jauh. Tau tau sampai hotel dalam pukul 9.30 malam dan dah tak larat nak ke Pantai Cenang. Masa tu fikir, takpe, esok boleh pergi. So, makan makan, borak borak, siapkan apa yang patut untuk esok sebab esok pagi pagi dah kene g island hoping then terus tidur. Yang pasti, aku tidur paling awal. Haha.

Pasar malam Pekan Kuah

Hari kedua kami padat! Pukul 9 pagi runner ambil kami dari hotel untuk ke island hopping. So, around 8.30am, kami sarapan kat McD sebab McD dekat depan hotel. Untuk island hopping, anggaran masa diorang bagi ialah 4 jam sahaja. So, untuk 4 jam tu, diorang bawak pergi Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding, dan Pulau Beras Basah. Untuk aku yang suka dengan nature, pergi island hopping ni sangat berbaloi lah. Sumpah, view dia cantik woi! Dalam pukul 1 petang, Kami gerak balik ke hotel.


Breakfast dulu beb!

Sebelum naik bot








Tasik Dayang Bunting


Eagle Feeding



Pulau Beras Basah

Dah sampai hotel, kami siap siap nak pergi cable car pulak. Masa first time aku datang Langkawi dan kebetulan hari yang aku nak naik cable car tu, cable car tak bukak sebab angin kuat. So, untuk kali kedua di Pulau Langkawi, nasib agak baik sebab cuaca dari pagi memang nice lah. Dalam pukul 2.30 petang kami gerak dari hotel dan dapat turn naik ke cable car dalam pukul 4 petang macam tu. Kalau ikut combo yang kami ambil (ada skycab, skydome, skyrex & 3D art museum), kami kena selesaikan kesemuanya sebelum pukul 7 petang dan kalau ikut logik akal, tak sempat pun sebenarnya. Tapi perancang Allah tu lagi hebat. Dia stuck kan cable car. 6 jam jugak lah terkandas di station cable car yang paling tinggi. Sumpah weh, lepas maghrib je, sejuk nak mati. Dengan coverage line phone pun macam harem. Maybe sebab atas gunung kot. Suasana masa tu for sure lah kecoh. Siap bergaduh doh kat atas tu.  Kami selamat sampai dekat station awal cable car tu dalam pukul 12.30 pagi. Paling penting, Lapar! Sampai bawah, claim tiket yang lagi 3 yang tak sempat pergi tu then terus cari kedai makan. Makan dekat kedai depan hotel (luckily ada kedai still bukak). Siap makan, balik hotel, buat apa yang patut then terus tidur.




Cable car



Mangsa terkandas dekat atas gunung

Hari ketiga langsaikan hutang dengan pergi ke skyrex, skydome and 3D art museum. Check out hotel dalam pukul 9.30 pagi kot sebab malas nak terkejar kejar nak balik hotel bagai. Kalau ikut perancangan nak pergi Makam Mahsuri, singgah nasi kandar Pak Malau and Dataran Helang. Tapi tu semua tak sempat sebab dekat skyrex semua tu dah makan banyak masa. Tapi sebelum pergi sky sky tu, kami singgah dekat Nusantara Maju Enterprise(jual produk berasaskan gamat) dan paling penting sempat lah jugak merasa roti canai black pepper atas cadangan Kak Pisah dengan abg runner tu. Dah selesai dekat sky sky semua tu, terus gerak ke ofis agent untuk pulang kereta. Agak kelam kabut juga lah sebab agent cadangkan hantar kereta pukul 3.30  petang sebab diorang takut masa nak hantar ke jeti jem since kami punya tiket feri pukul 4.30 petang. Maklumlah, cuti raya cina. Tapi kami sampai ofis agent dalam pukul 4 petang macam tu. Sampai sampai kat jeti, terus berlari ke feri sebab masa tu feri dah ready nak gerak. Fuh, selamat sempat wehhh!


 Balik dengan tiga beg

Roti canai balck pepper

Nusantara Maju Enterprise


3D art museum

Sampai je dekat jeti Kuala Perlis dalam pukul 6 petang. Agak  lambat sampai sebab masa nak balik ke jeti Kuala Perlis, hujan pulakkkk. So, pergerakan feri agak perlahan. Sampai jeti, cari makan sebab lapar gila, tak sempat nak makan tengahari. Makan dekat KFC dan terus pergi masjid dekat area jeti. Duduk dekat masjid sampai pukul 7.45 malam, then terus gerak pergi stesen bas. Sampai je stesen bas, bas dah ada. Terus gerak balik Melaka. Sampai Melaka Sentral dalam pukul 6.15 pagi. Ayah jemput then terus balik rumahhh.

Jadinya, percutian ke Pulau Langkawi habis disini.😃




 Catatan Ecah sepanjang cable car stuck

Thanks Langkawi for the memories.